If you have any thoughts or anything good to share just send it to me at factsslaughter@gmail.com. Together we voice out our thought.



Saturday, May 17, 2014

Hikayat Abdullah Munshi, 1845

Article credit to "http://syedsoutsidethebox.blogspot.com"

syedsoutsidethebox

This is a comment from a reader. Saya berterima kasih. Saya juga terharu ada orang terpelajar dan begitu 'astute' atau peka akan isu-isu yang sebenarnya menjadi pembaca Blog saya. Thanks again.

“Setelah Sultan Mahmud mangkat, entah dari mana datangnya, dalam dua tiga hari singgahlah dua tiga orang anak raja di Padang. Setelah sampai di pantai, disuruhnya orang membawa tombaknya ke darat untuk meminta beras, ayam, dan barang-barang lain yang dikehendakinya.

Kasihan orang Padang kerana kebodohannya. Apabila mereka nama raja atau anak raja, dihormatinya seperti Allah.



“Dengan gementar tulangnya, mereka serahkan sebarang kehendaknya tanpa bayaran. Sepuluh lima belas hari kemudian, datang pula empat lima anak-anak raja. Mereka pun meminta juga. Ada yang naik sendiri ke darat. Barang yang ditemuinya diambil seperti barang sendiri.

Mereka seperti penyamun.

"Tuan punya harta hanya terkelip-kelip matanya, bodoh sebab takut pada nama anak raja. Diam sahaja. Anak raja yang tidak tahu malu dan takut kepada Allah dan makhluk kerana makan barang haram, berbuat sesuka hatinya.
 
“Ada pula kelakuan seperti binatang, mengejar dan memperkosa anak-anak perempuan. Setelah itu mereka belayar. Kemudian datang pula yang lain. Kehendak mereka tidak boleh dilawan. Jika dilawan, akan dibunuh dan rumah dibakar. Pokok-pokok kelapa mereka habis ditebang untuk umbutnya.

Demikianlah mereka membinasakan hamba Allah dengan zalim dan aniaya.
 
“Mereka meninggalkan kampung halaman dan sawah ladang yang porak-parik, membawa diri ke tempat lain. Ada yang menjadi hamba orang, beribu-ribu orang, bertaburan sepanjang tempat. Kampung-kampung itu tinggal menjadi hutan rimba tempat gajah dan harimau sekarang ini. Tidakkah mereka sedar segala kezaliman dan aniaya mereka itu akan dibalas oleh Allah?



“Ada satu lagi perkara pelik kedengaran. Ada raja yang membuat satu adat, bukannya adat orang Islam atau adat bangsa-bangsa lain di dunia, melainkan adat Iblis ataupun adat hawa nafsu yang jahat. Raja-raja itu mengambil anak-anak dara orang kebanyakan untuk dijadikan gundik dengan paksa, tiada reda perempuan itu, apalagi ibu bapanya.
 
“Dengan paksa perempuan itu dibawa ke rumahnya.

Dipanggilnya khatib atau lebai-lebai yang bebal dalam hukum agama Islam dan tamakkan upah. Disuruh oleh raja nikahkan perempuan itu dengan keris raja. Adakah nikah itu sah?

"Oleh sebab itu, banyaklah lahir anak haram. Kelakuan raja-raja itu seperti iblis yang tidak takutkan Allah dan rasul, dan tiada malu kepada makhluk. Tidakkan patut perbuatan zalim dan aniaya itu dibalas oleh Allah dengan bala-Nya?

~ Hikayat Abdullah Munshi , 1845

“…Sekalian orang yang duduk dalam negeri itu sentiasa dengan ketakutan akan aniaya dan loba raja-raja dan orang besar-besar.

Maka adalah fikiran mereka (rakyat) itu, ‘Apa guna rajin kita itu? Jikalau kita mendapat sedikit wang atau makanan, nescaya diloba dan dirampas oleh orang besar itu.’

Maka sebab itulah tinggal mereka itu dalam miskin dan malas dalam sepanjang umurnya.

Maka tetaplah fikiran saya, inilah sebabnya negeri itu tiada boleh orang mendapat kesentosaan dalamnya, kerana kurang baik pemerintahnya.

Maka sekalian perkara yang tersebut ini telah datang dari sebab kejahatan dan kebebalan raja-rajanya sahaja.”

Kisah Pelayaran Abdullah Munshi ,

“…saya pohon kepada Tuhan, janganlah kiranya dihidupkan saya dalam negeri Melayu .

Dan lagi , saya harap dijauhkan Tuhan untuk berdekat dengan raja-raja kerana orang yang hampir kepada raja-raja itu seperti bersahabat dengan ular yang berbisa, maka salah sedikit dipagutnya biji mata.”

Kisah Pelayaran Abdullah Munshi ke Kelantan,
 

No comments:

Post a Comment